Profil Sekolah

LOKASI DAN SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Menegah Kebangsaan Panchor Perdana terletak di atas satu kawasan seluas 66536.76 meter persegi (16.773 ekar ) di Kampung Panji. Jarak dari bandar Kota Bharu ialah kira-kira 8 kilometer. Antara jalan-jalan utama yang menghubungi sekolah ini dengan kawasan sekitar ialah Jalan Raja Perempuan Zainab II ( Kubang Kerian ke Pantai Sabak) dan jalan Pengkalan Chepa-Panji melalui Tanjong Mas.

Sekolah ini mengandungi satu blok bangunan pentadbiran, dua blok akademik, dua blok makmal, satu blok kantin dan sebuah dewan. Ia siap dibina pada tahun 2012 dan memulakan sesi pengajiannya pada1 April 2012. Seramai 175 orang pelajar tingkatan satu dan dua menjadi kumpulan perintis yang memulakan pengajian mereka di sekolah ini pada tarikh tersebut. Pelajar-pelajar Tingkatan Satu diterima daripada sekolah saluran yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Kelantan iaitu Sekolah Kebangsaan Panji dan Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka; manakal pelajar Tingkatan Dua terdiri daripada pelajar yang tinggal di kawasan sekitar yang pada dahulunya belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Panji. Seramai 12 orang guru memulakan tugas di sekolah ini yang diketui oleh Pemangku Pengetua Tuan Haji Ghazali bin Ibrahim. Mulai 1 Januari 2013, En. Abdullah bin Mat Eil memulakan tugas sebagai Pengetua yang pertama dan 4 orang kakitangan sokongan telah ditempatkan di sekolah ini.

Tahun 2013 merupakan kali pertama pelajar-pelajar sekolah ini terlibat dengan peperiksaan awam iaitu Penilaian Menengah Rendah ( PMR). Seramai 97 orang calon menduduki peperiksaan ini.


LENCAN SEKOLAH & TAFSIRAN



LENCANA SEKOLAH DAN TAFSIRAN
WARNA BIRU
Melambangkan kemurnian serta keikhlasan para pendidik serta pelajar dalam melunaskan tanggungjawab masing-masing
WARNA KUNING
Mencerminkan keikhlasan para pendidik serta pelajar dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing sebaik mungkin
WARNA MERAH
Melambangkan semangat diri pendidik serta pelajar yang sentiasa kental dan jitu dalam menempuh sebarang dugaan mendatang
WARNA PUTIH
Melambangkan kesucian bidang keilmuan atau pendidikan yang menjadi tuntutan agama
PENA
Menjadi simbolik dunia keilmuan yang tiada penghujung dalam menuju tahap yang paling tinggi
REHAL DAN BUKU
Melambangkan fungsi sekolah yang berperanan sebagai tempat atau gedung menimba ilmu pengetahuan
GEOMETRIK
Melambangkan kitaran pendidikan yang seiring dengan perkembangan dunia teknologi
OBOR
Sebagai simbolik kepada perjuangan dan semangat pelajar dan pendidik dalam mengejar cita-cita hingga ke tahap tinggi

1 ulasan:

  1. Logo SMK Panchor Perdana
    https://smk-panchorperdana.blogspot.my/

    BalasPadam